Setiausaha Kehormat, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai, menolak dakwaan wujud dua kem dalam skuad badminton negara akibat penubuhan skuad projek khas untuk pemain perseorangan lelaki.
Jelas Chin Chai, meskipun enam pemain perseorangan negara, termasuk Datuk Lee Chong Wei, berada dalam skuad baru di bawah penyeliaan jurulatih, Hendrawan, ia tidak bermakna wujud konflik tugas di antara jurulatih dari Indonesia itu dan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost.
Fokus Hendrawan lebih khusus kepada pembangunan dan hala tuju enam pemain perseorangan itu manakala Frost akan meneruskan tugasnya seperti biasa, menyelia pemain-pemain lain di bawah naungan BAM.
"Tiada pembahagian. (Pasukan) Malaysia masih satu, BAM masih satu. Kami masih sebagai satu pasukan," katanya.
"Mereka akan menentukan siapa yang akan bermain dalam Piala Sudirman. Perkara itu akan diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa kejurulatihan dan latihan (C&T)."
Mesyuarat tertutup di Akademi Badminton Malaysia, hari ini, membincangkan pembahagian tugas di antara Hendrawan dan Frost dengan tumpuan kepada dua aspek penting, iaitu sudut teknikal dan pentadbiran.
Tambah Chin Chai, sekalipun BAM menubuhkan skuad projek khas, ia tidak bermakna pemainnya diberikan keistimewaan dan meminggirkan pembangunan pemain lain.
"Enam pemain itu akan bermain bersama dalam skuad khas. Mereka berlatih bersama dan menjadi rakan sepelatih," katanya.
Baru-baru ini, BAM mewujudkan satu projek khas bagi membantu Chong Wei untuk menjadi juara dunia di Glasgow, sekali gus dianggap sebagai jalan penyelesaian terhadap perselisihan yang berlaku antara pemain nombor satu dunia itu dengan Frost.
Keputusan yang dibuat menerusi mesyuarat jawatankuasa C&T itu menyaksikan Hendrawan dilantik menjadi ketua jurulatih dengan dibantu oleh Tey Seu Bock.
Selain Chong Wei, lima lagi pemain turut berada dalam projek khas, iaitu Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Lim Chi Wing.
Public Anonymous User
Mon Feb 27 2017
Tze Yong will miss Thomas Cup, set to undergo another surgery
Ng Tze Yong has suffered yet another setback and he will miss out on the upcoming Thomas Cup after it was revealed the shuttler has developed a rare condition post-surgery, and needs another surgery.
On this day in 2021: Spurs sack Jose Mourinho days before Carabao Cup final
The club had been on a poor run of Premier League form.
Lauren Coughlin holds first-round lead at the Chevron Championship
Michail Antonio felt officials were against West Ham after European exit
Jurgen Klopp accepts lack of threat cost Liverpool dear in European exit
The Reds exited the competition 3-1 on aggregate.
Liverpool exit Europa League despite win at Atalanta
West Ham were knocked out by Bundesliga champions Bayer Leverkusen at London Stadium after a 1-1 draw on the night.
Ten-man Roma see off Serie A rivals AC Milan to book Europa League semi spot
West Ham crash out of Europa League after Bayer Leverkusen draw
Michail Antonio’s early goal was not enough.