Pasukan perempuan bawah 12 tahun Perak berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Antara Negeri umur 12 tahun dan 15 tahun ke bawah 2016 Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Manjung Badminton Arena hari ini.

Menang diperingkat kumpulan menewaskan Johor, Sarawak dan Perlis meletakkan The Bos Gaurus dikedudukan selesa menerajui kumpulan B dengan 9 mata.

Sementara itu, jurulatih Perak, Rio Permata Alam mahu pemain kekal fokus perlawanan esok walaupun sudah menempah tiket ke peringkat seterusnya.

Kata Rio "esok, saya mahu mereka bermain dengan bersungguh-sungguh ketika menentang Selangor untuk kekal terajui kumpulan agar dapat elak bertembung pasukan kuat dari kumpulan lain ketika di suku akhir".

Manakala dalam pertembungan bawah 15 tahun lelaki, Perak turut mara ke peringkat suku akhir apabila berjaya mengutip 6 mata apabila menewaskan Perlis dan Sarawak dalam kumpulan D.