Impian pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, untuk melangkah jauh dalam penampilan sulung Kejohanan Seluruh England mereka tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan, Yoo Yeon-seong-Kim Ha Na dalam pusingan kedua.

Akibat terlalu mengikut rentak permainan lawan dan kurang persediaan adalah antara faktor Kian Meng-Pei Jing gagal menyaingi lawan.

Yeon-seong sebelum ini beraksi dalam acara beregu lelaki, manakala Ha Na pula yang pernah bergandingan dengan Ko Sung-hyun, membentuk gandingan mantap untuk meranapkan hasrat Kian Meng-Pei King.

"Persiapan kami tidak begitu bagus.

"Kami gagal mempamerkan strategi permainan terbaik akibat kurang persefahaman," kata Pei Jing selepas tewas 21-15, 21-9.