Selangor ungguli Kejohanan Badminton Berpasukan Antara Negeri 2016

By Staff Writer 20 November 2016
Selangor ungguli Kejohanan Badminton Berpasukan Antara Negeri 2016
Selangor muncul juara bawah 15 tahun lelaki dan wanitadalam Kejohanan Badminton Berpasukan Antara Negeri 2016, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), di Manjung Badminton Arena semalam.
 
Paling manis apabila skuad lelaki Selangor mencipta hatrik setelah membenam
Pulau Pinang 3-0 manakala skuad wanitanya merangkul kejuaraan tersebut untuk dua tahun berturut-turut.
 
Jelas pengurus Selangor, Thomas Lim, masa depan Selangor dalam acara badminton
begitu baik dengan adanya bakat-bakat muda tersebut tetapi dalam masa yang sama
juga penyelidikan dan pembangunan sukan itu akan diteruskan.
 
"Kami masih giat mencari golongan muda sebagai pelapis supaya negeri kami menjadi lubuk penawaran pemain.
 
"Untuk kejohanan ini, saya ucapkan tahniah kepada anak-anak Selangor".

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Iskandar perlu belajar daripada kekalahan

By 20 November 2016. 5.08 AM