Jurulatih skuad badminton beregu wanita negara, Rosman Razak, memerlukan masa untuk mencari pengganti terbaik untuk digandingkan dengan Pearly Tan selepas Toh Eei Wei mengambil keputusan untuk keluar daripada skuad kebangsaan ekoran masalah kesihatan.

Seramai empat pemain mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama skuad kebangsaan.

Ia adalah pasangan beregu lelaki, Shia Chun Kang-Tan Wee Gien, dan pemain beregu wanita, Eng Sin Jou dan Ee Wei.

Ee Wei sedang mengalami masalah kesihatan yang memaksa dirinya mengundurkan diri daripada skuad kebangsaan untuk memberikan tumpuan kepada proses pemulihan.

Ketiadaan Eei Wei memberikan impak kepada Pearly selepas gandingan itu dilihat mampu menyinar di peringkat antarabangsa susulan kejayaan ke final Kejohanan Remaja Dunia di Kanada tahun lalu.

Yap Ling akan digandingkan dengan Pearly buat sementara waktu ketika Rosman menyifatkan bukan mudah untuk mencari pengganti Ee Wei dalam masa terdekat.

"Kami sudah menemui faktor "X" itu dan kami akan memperbaiki situasi itu dalam masa terdekat.

"Bagaimanapun, saya sedar kelima-lima pemain remaja saya tidak mempunyai pengalaman beraksi di pentas tertinggi, jadi ia memerlukan masa," katanya.