Purple League: Masa jadi pemisah dalam pertembungan Kepong-Puchong

By Amirul Azreen 23 December 2016
Purple League: Masa jadi pemisah dalam pertembungan Kepong-Puchong

Kepong BC masih bergelut dalam saingan Purple League sementara Puchong United BC gagal memanfaatkan peluang untuk merekodkan kemenangan besar.

Aksi perseorangan lelaki membuka tirai dengan pertembungan bekas pemain kebangsaan, Chong Wei Feng, dan bintang dalam pembikinan, Lim Chi Wing.

Namun, pengalaman Wei Feng nyata menjadi kelebihan tatkala berjaya menumbangkan Chi Wing 2-1.

Kepong bagaimanapun cuba untuk kembali bangkit dalam aksi perseorangan wanita apabila mempertaruhkan Tee Jing Yi.

Dalam pertembungan sengit menentang Pan Lu, hanya masa menjadi penghalang untuk Jing Yi memastikan kemenangan dengan keputusan terikat 2-2.

Pertemuan beregu lelaki juga tidak mengecewakan apabila gandingan Puchong, Lim Kim Wah/Low Juan Shen, berentap menentang Mohd Hafiz Hashim dan Mohd Razif Abd Latif.

Seperti yang menimpa aksi perseorangan wanita, masa juga jadi pemisah dalam menentukan kemenangan dengan sekali lagi keputusan berkesudahan 2-2.

Sementara itu, aksi beregu campuran yang ditampilkan gandingan Puchong, Yoo Yeon Seong-Goh Liu Ying, dan pasangan Kepong, Potieg Trawut-Amitrapai Savitree, berlangsung hangat dengan kedua-duanya mempamerkan aksi hebat.

Yeon Seong-Liu Ying memulakan saingan dengan baik untuk mendahului perlawanan 2-0 tetapi gandingan dari Thailand itu berjaya menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir permainan.

Perlawanan sengit terus mewarnai aksi terakhir dengan Tanongsak Saensomboonsuk berdepan Thongnuang Pannawit yang juga berkesudahan 2-2 untuk kedudukan keseluruhan Puchong United 10 manakala Kepong dengan sembilan mata.

 

About Author

Amirul Azreen

Comment

Read Next

Bandar Utama Dragons semakin garang

By Public Anonymous User 22 Disember 2016. 12.08 PM