Kapten skuad Piala Uber negara, Vivian Hoo, percaya tekanan lebih besar lebih dirasai lawan, iaitu Indonesia, menjelang pertemuan pembuka tirai membabitkan kedua-dua pasukan esok.
Berdasarkan undian, peluang Malaysia untuk mara ke suku akhir amat tipis memandangkan mereka diundi sekumpulan dengan juara bertahan, China, Indonesia dan Perancis.
Bagaimanapun, aksi pertama menentang Indonesia esok bakal menjadi penentu sama ada skuad negara mampu untuk mencipta kejutan ke atas setiap lawan.
Walaupun perbandingan daripada segi pencapaian mungkin tidak memihak skuad negara, Vivian tetap berasa semangat juang yang dipamerkan dia dan rakan sepasukan mampu menggugat keyakinan Indonesia.
"Memang perlawanan bertemu Indonesia merupakan aksi getir buat kami tetapi jika dilihat di atas kertas, ranking mereka lebih tinggi berbanding Malaysia. Jadi, tekanan lebih terarah kepada mereka.
"Kami hanya perlu beraksi baik untuk cuba mendapatkan keputusan yang positif," katanya.
Saingan kali ini menyaksikan Vivian mempunyai gandingan lain susulan kecederaan yang menimpa Woon Khe Wei.
Jika ketika aksi Sukan Komanwel Gold Coast bulan lalu dia bersama Chow Mei Kuan berganding baik untuk meraih pingat emas, saingan di Bangkok menyaksikan dia dijangka berpasangan dengan Goh Yea Ching.
Selain mereka, dua lagi gandingan yang menjadi taruhan ialah Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Soong Fie Cho-Tee Jing Yi.
"Saya rasa dalam kejohanan sebelum ini, saya juga pernah bergandingan dengan Jing Yi, Mei Kuan serta Yea Ching. Jadi, ia tidak menjadi masalah besar.
"Apa yang penting, komunikasi diutamakan di dalam gelanggang," ujarnya.
Penulis Jemputan
Sun May 20 2018
Piala Uber 2018: Vivian anggap Indonesia lebih tertekan
Kapten skuad Piala Uber negara, Vivian Hoo, percaya tekanan lebih besar lebih dirasai lawan iaitu Indonesia menjelang pertemuan pembuka tirai membabitkan kedua-dua pasukan pada esok.
Sukan SEA: Eng Hing mahu Malaysiakan tamatkan kemarau 28 tahun
Kapten skuad bola keranjang 1989, Ching Eng Hing mencabar pasukan lelaki negara menamatkan penantian 28 tahun untuk meraih pingat emas...
New York Red Bulls v Vancouver Whitecaps: Facing Eastern Conference teams ‘like going to the casino’
The Vancouver Whitecaps head to the Big Apple to face the New York Red Bulls for the first time since May 2019 on Saturday.
Orlando City v Toronto FC: Pareja delighted with Lions’ character
Preview: Orlando City v Toronto FC
Nashville SC v San Jose Earthquakes: ‘A win would change everything’ - Godoy
Preview: Nashville v SJ Earthquakes
Liverpool agree compensation deal for Slot
Liverpool agree deal for Slot
QPR 4-0 Leeds United: Shock loss for Farke's men seals Leicester's promotion
Report: QPR 4-0 Leeds United
Real Sociedad 0-1 Real Madrid: Los Blancos edge closer to LaLiga title with win
Report: Real Sociedad 0-1 Madrid
Minnesota United v Sporting Kansas City: ‘It’s what I’ve waited for’ - Oluwaseyi
Preview: Minnesota v Sporting KC
‘We can’t control the Opta supercomputer’ – Eidevall says Arsenal’s destiny is in their own hands
Eidevall previews Everton clash
Brazil legend Marta to retire from international football
Brazil's all-time top scorer, Marta, is hanging up her boots at the end of the year.
IPL: Bairstow century gives Kings stunning win over KKR with record run chase
IPL: Bairstow century for Kings