Kegagalan menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai juara menyaksikan Malaysia perlu melepasi halangan pilihan ketiga, Indonesia, dalam suku akhir Piala Thomas di Bangkok, Thailand, malam ini.
Kali terakhir dua seteru itu berentap adalah ketika saingan separuh akhir edisi 2014 dengan menyaksikan Malaysia menang 3-0.
Memandangkan skuad negara kini menamatkan aksi kumpulan malam tadi sebagai naib juara, pertemuan dengan Indonesia itu dianggap sebagai senario yang baik.
"Antara empat juara kumpulan, saya rasa Indonesia tidak begitu kuat. Saya rasa peluang kita menentang Indonesia adalah 50-50.
"Pemain-pemain kami bermotivasi. Kami kalah tipis kepada Denmark yang memberikan kami semangat," kata pengurus pasukan Piala Thomas negara, Datuk Ng Chin Chai.
Dalam masa sama, Chin Chai menyifatkan kekalahan 3-2 di tangan Denmark dalam aksi semalam sebagai sesuatu yang perlu diatasi dengan segera.
Lebih-lebih lagi apabila menyaksikan skuad beregu utama negara yang dibarisi Goh V Shem dan Tan Wee Kiong gagal menyumbangkan mata dalam pertemuan itu.
"Mengikut ranking, beregu utama kami (V Shem-Wee Kiong) berada lebih tinggi daripada dua beregu lawan.
"Sebenarnya, ia tipis. Pemain-pemain kita kebanyakannya boleh menyamai lawan," katanya lagi.
Penulis Jemputan
Thu May 24 2018
Daren anggap pingat gangsa di China penebus kesilapan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren, berharap pingat gangsa dalam Kejohanan Badminton Dunia mampu menjadi penebus kekecewaan rakyat Malaysia terhadapnya ketika kempen Piala Thomas 2014 di New Delhi.
Sukan Asia: Latif tolak peluang beraksi di Indonesia
Atlet lompat jauh paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menolak peluang untuk menyertai Sukan Asia Indonesia 2018 walaupun mencipta kejutan melepasi had kelayakan kategori A
Sukan Asia: Kenyataan Azim undang bahaya
Pemerhati sukan, Dr Mohamad Faithal Hassan, menyifatkan kenyataan chef de mission (CDM) Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, untuk menutup Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) jika Malaysia gagal mencapai sasaran di Indonesia sebagai sesuatu yang akan meruntuhkan semangat atlet kebangsaan.
Sukan Asia: Undian semula disambut baik
Pengurus skuad B-23 kebangsaan, Datuk Wira Yusoff Mahadi, menyambut baik perubahan jadual acara bola sepak Sukan Asia 2018 buat kali ketiga yang kini memberi ruang buat pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu melakukan perancangan lebih tersusun sebelum ke Indonesia.
Sukan Asia: Terengganu jadi medan persiapan terakhir
Kuala Terengganu menjadi lokasi pilihan buat skuad boling negara untuk meneruskan program latihan fasa akhir sebelum menyertai Sukan Asia di Indonesia, pertengahan bulan ini.
Sukan Asia: Jun Hoong terpaksa lupakan aksi di Indonesia
Hasrat untuk melihat kelibat penerjun nombor satu negara, Cheong Jun Hoong, melakukan kejutan di pentas Sukan Asia Indonesia tidak kesampaian apabila dia terpaksa menarik diri akibat kecederaan lutut yang kronik.
Sukan Asia: Lutfi mahu tutup mulut pengkritik
Penembak rifle negara, Mohd Lutfi Othman, akan memastikan pemilihannya ke Sukan Asia Indonesia sesuatu yang berbaloi, sekaligus menepis tanggapan bahawa penembak senior, Ezuan Nasir Khan, lebih layak.
Sukan Asia: Jackie berkorban walaupun masih samar
Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong, mengambil keputusan untuk tidak menyertai saingan Terbuka Kuala Lumpur pada hujung minggu ini selepas menjadi antara tiga nama besar yang digugurkan daripada Sukan Asia Indonesia 2018.
Separuh akhir Piala FAM jadi keutamaan PJ Rangers
Kelab Piala FAM, PJ Rangers, mengesahkan telah menolak pelawaaan Malaysia Football League (MFL) bagi mengisi slot pasukan jemputan dalam Piala Cabaran 2018 kerana mahu memberi komitmen kepada separuh akhir bagi mengejar slot ke Liga Perdana, musim depan.
SUKMA: Hanya dua venue lagi tunggu kelulusan
Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 mengumumkan hanya dua lagi gelanggang pertandingan masih belum mendapat kelulusan teknikal untuk digunakan dalam temasya yang berlangsung pada pertengahan September nanti.
Des Buckingham feels heavy schedule caught up with Oxford
Pep Guardiola says Cole Palmer is one of the players of the season
Mauricio Pochettino not expecting a vulnerable Man City in FA Cup semi-final
City were knocked out of the Champions League in midweek.
Juventus hit back from two goals down to salvage a draw at Cagliari
Raith Rovers keep unlikely title bid alive with narrow victory at Inverness
.
Oxford frustrated in play-off push as Stevenage force draw
.