Kem Malaysia masih berteka-teki dalam membuat sebarang keputusan taktikal, terutama melibatkan gandingan acara beregu, menjelang perlawanan menentang pasukan tuan rumah, China, dalam Piala Sudirman, esok.

Di atas kertas, Malaysia dilihat sukar untuk menandingi juara 10 kali, China.

Dengan itu, skuad negara berkemungkinan besar akan menukar beberapa gandingan dalam acara beregu wanita, lelaki dan campuran.

Ia bukan sahaja untuk menambah kekuatan skuad negara, namun turut bertujuan untuk mengelirukan lawan berikutnya, India.

Selain itu, Malaysia juga berkemungkinan akan menurunkan pemain kedua dalam acara perseorangan lelaki dan wanita.

Bagaimanapun, pengurus pasukan, Wong Choong Hann, masih berahsia mengenai senarai pemain yang akan diturunkan.

"Andai berdepan pasukan lebih kuat, adalah lebih baik untuk meletakkan pemain yang dapat memanfaatkan pengalaman seperti itu.

"Jadi, kami belum tentu akan merombak gandingan tetapi ia mungkin dilakukan sekiranya keadaan memerlukan.

"Ia bergantung kepada situasi tertentu," katanya.