Peserta Kem Badminton Astro uji pemain B-12 Jepun

By Shaiful Shamsudin 26 November 2016
 Peserta Kem Badminton Astro uji pemain B-12 Jepun
Kem Badminton Astro terus mengambil langkah proaktif bagi memantapkan lagi peserta kali ini selain memastikan misi di Jepun tercapai. 

Para peserta latihan lanjutan luar negara Kem Badminton Astro berkesempatan digabungkan dalam latihan bersama skuad badminton bawah-12 (B-12) tahun Jepun. 

"Kami mengadakan pertarungan persahabatan dengan mereka, dan ini merupakan perlawanan ketiga untuk mereka. 

"Apa yang saya nampak dari kedua-dua belah pihak, mereka memiliki semangat juang yang tinggi dan mempamerkan pertarungan yang menarik," kata jurulatih Kem Badminton Astro, Wong Choon Hann. 

Seramai enam pemain lelaki dan enam perempuan telah mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan. 

Skuad badminton b-12 Jepun akan ke Singapura untuk mengambil bahagian dalam saingan OUE Badminton Terbuka Antarabangsa dan latihan bersama ini adalah sebahagian persiapan mereka menjelang kejohanan tersebut. 
 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment