Peserta Kem Badminton Astro timba pengalaman berharga di Jepun

By Shaiful Shamsudin 29 November 2016
  Peserta Kem Badminton Astro timba pengalaman berharga di Jepun
Peserta Kem Badminton Astro 2016 diuji dalam aksi persahabatan terakhir dengan pemain muda kebangsaan Jepun sebagai aksi penutup selepas menjalani latihan lanjutan selama dua minggu di sana. 

Latihan lanjutan luar negara Kem Badminton Astro sudah sampai ke kemuncaknya di mana peserta diberi sijil penyertaan oleh Pengerusi Astro, Tun Zaki Tun Azmi.

"Kem Badminton Astro adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi melahirkan pemain pelapis negara yang berpotensi," kata Zaki. 

"Pemain-pemain pelapis ini akan membawa balik pengalaman berguna yang boleh digunakan pada masa akan datang," ujar Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris. 

Sejurus selepas tamat majlis penyampaian sijil penyertaan, peserta Kem Badminton Astro beraksi dalam perlawanan persahabatan bersama pemain pelapis skuad badminton bawah 12 tahun Jepun. 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment