Jaguh beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, terkandas di peringkat separuh akhir Siri Super Terbuka Jepun apabila tewas kepada pasangan no.1 dunia dari Korea Selatan.

Peng Soon dan Liu Ying tewas 14-21, 18-21 kepada pasangan Ko Sung Hyun dan Kim Ha Na dalam tempoh 36 minit.

Sementara itu, pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan pemain Jerman, Marc Zwiebler.

Pemain no.1 dunia itu hanya memerlukan 40 minit untuk menewaskan Zwiebler, 21-14, 21-15.

Menanti Chong Wei dalam final ialah jaguh Denmark, Jan O Jorgensen, selepas dia menyingkirkan pemain Korea, Son Wan Ho.