Peng Soon-Liu Ying gagal ke final Terbuka Korea

By Ammar Hakim 1 October 2016
Peng Soon-Liu Ying gagal ke final Terbuka Korea

Jaguh beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, gagal mara ke final Kejohanan Siri Super Terbuka Korea Selatan 2016 apabila tewas kepada pasangan tuan rumah, Ko Sung Hyun dan Kim Ha Na, 21-15, 14-21, 15-21, sebentar tadi.

Peng Soon-Liu Ying mara ke separuh akhir selepas menewaskan wakil dari Denmark, Anders Skaarup Rasmussen dan Sara Thygesen 21-14, 14-21, 21-19.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu mengungguli set pertama 21-15 sebelum gandingan Korea itu kembali merampas set kedua 14-21.

Memasuki set ketiga, Peng Soon-Liu Ying gagal mempamerkan permainan cemerlang apabila sering melakukan 'unforced error', lantas memberikan peluang buat wakil Korea itu mengutip mata dan memenangi set ketiga 21-15.

Goh V Shem dan Tan Wee Kiong adalah wakil tunggal negara yang tinggal dalam usaha untuk mara ke final, dengan dijadualkan bertemu beregu China, Li Junhui dan Liu Yuchen.

 

About Author

Ammar Hakim

Comment