Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan penggunaan gelanggang Akademi Badminton Kebangsaan terpaksa ditangguhkan.

Perancangan sebelum ini adalah untuk 18 gelanggang di akademi itu yang masih melalui proses pembinaan berupaya digunakan terlebih dahulu pada November.

Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan selepas laporan pemasangan permukaan gelanggang tergendala.

Terkini Januari 2017 disebut sebagai tarikh realistik, termasuk timbul kebimbangan terhadap keselamatan permainan.

"Malangnya terdapat satu lagi penangguhan dan kami menganggarkan pembukaan akademi ini pada Januari 2017.

"Kami boleh membukanya lebih awal tetapi kami tidak mahu mengambil risiko. Jadi berkemungkinan pada 15 Januari kami akan membukanya secara rasmi," ujar Lawrence Chew, Pengurus Besar BAM.

Sementara itu, Sarawak akan memainkan pernan penting buat badminton Malaysia menjadi taun rumah bagi saingan GP Emas dan Siri Super Premier di Sibu dan Kuching pada 2017.

BAM turut mengharapkan agar penganjuran ini berupaya menyemarakkan program pembangunan badminton di negeri itu.

"Saya berharap untuk mempromosikan sukan ini di sana selain membangunkan sukan badminton di Sarawak."

Akademi Badminton Kebangsaan yang mula dibina pada Mac 2014 dan sepatutnya siap pada November tahun ini mempunyai pelbagai kemudahan, antaranya gelanggang penyelidikan dan bakal menjadi hab badminton Asia Tenggara.

Namun, BAM terpaksa menangguhkan hasrat itu ekoran masalah pemasangan permukaan gelanggang.