R. Satheishtharan berhempas-pulas dalam tempoh 55 minit sebelum memastikan kemenangan ke atas rakan senegara yang juga pemain perseorangan lelaki pilihan kelapan kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2016, Soo Teck Zhi, 21-11, 10-21, 23-21.
Dalam aksi peringkat separuh akhir esok di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, dia akan berdepan wakil Thailand, Suppanyu Avihingsano.
Soniia Cheah pula akan membuat perhitungan dengan Ho Yen Mei untuk menentukan wakil negara dalam aksi final perseorangan wanita selepas mereka meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing.
Bagaimanapun, pilihan pertama beregu lelaki, Tan Chee Tean-Tan Wee Gieen, tewas mengejut 17-21, 16-21 kepada rakan senegara, Chooi Kah Ming-Low Juan Shen.
Turut mengiringi mereka adalah beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemei Lai, yang tidak berhadapan masalah untuk menamatkan cabaran Bimo Adi Prakoso-Yujia Jin dari Singapura untuk menempah pertemuan sesama sendiri dengan Tan Wee Gieen-Peck Yen Wei.
Wee Gieen-Yen Wei diberi tentangan sengit dalam pertarungan yang berlanjutan sehingga sejam sebelum merekodkan kemenangan ke atas Tomoya Takashina-Rie Etoh 20-22, 21-19, 21-14.
Beregu wanita negara, Amelia Alicia Anscelly-Teoh Mei Xing, yang bermula baik dengan kemenangan 21-16 dalam set pertama, bagaimanapun dipaksa bekerja keras oleh pencabar dari Jepun, Chisato Hoshi-Naru Shinoya, yang bangkit pada set kedua sebelum menyingkirkan lawan mereka dengan keputusan mutlak 13-21, 23-21.
Kemenangan 16-21, 21-10, 21-17 Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean ke atas Lin Xiao Min-Wu Fang Chien turut memastikan kejayaan mereka untuk berdepan Ayako Sakuramoto-Yukiko Takahata di peringkat seterusnya.
Shaiful Shamsudin
Fri Nov 11 2016
New York City v Charlotte FC: Cushing wants more from in-form hosts
New York City v Charlotte preview
FC Cincinnati v Colorado Rapids: Armas wants players to enjoy rise
FC Cincinnati v Colorado preview
Guardiola insists three teams still in title hunt despite Liverpool slip-up
Guardiola: Don't rule Liverpool out
Foden: De Bruyne the best in the Premier League
Foden: KDB best in Premier League
Los Angeles FC v Portland Timbers: Neville relishing swift rematch
Preview: LAFC v Portland Timbers
Brighton 0-4 Manchester City: Foden at the double as champions leapfrog Liverpool
Report: Brighton 0-4 Man City
World number one Swiatek sees off Xiyu in Madrid opener
No worries for Swiatek in Madrid
Foden matches Messi and Haaland feat with 50th league goal under Guardiola
Foden matches Messi, Haaland
Arne Slot wants to join Liverpool, 'confident' agreement will be struck
Arne Slot confirms Liverpool talks
New Zealand take unassailable series lead after hard-fought victory over Pakistan
NZ go 2-1 up in T20I series