Pemain pelapis wajar diberi masa gilap bakat -- Indra Wijaya

By Shaiful Shamsudin 22 February 2017
Pemain pelapis wajar diberi masa gilap bakat -- Indra Wijaya
Ketika perseorangan lelaki senior di bawah projek khas, skuad pelapis pula memohon diberi masa untuk memenuhi potensi di sebalik dihimpit waktu untuk menghadirkan kejayaan. 

Indra Wijaya memimpin skuad pelapis yang dibarisi lapan pemain berbakat seperti R. Satheistharan , Cheam Jun Wei dan Lee Zii Jia yang baru-baru ini mara ke separuh akhir saingan bertaraf Grand Pix Emas di Thailand. 

Malah, skuad ini masih muda dengan purata usia 18 tahun, mereka adalah wajah yang akan menjadi sandaran masa depan Malaysia kelak.

"Kita boleh mengharapkan ke atas lapan pemain-pemain ini. 

"Kita harus bersabar kerana kejayaan (melahirkan pemain handalan dunia) tidak boleh dicipta dalam tempoh setahun-dua," katanya.  

Cabaran Indra tidak hanya terbatas dalam membentuk fizikal dan mental anak buahnya untuk berhadapan lawan dalam gelanggang semata-mata. 

Antara elemen penting yang dititikberatkannya adalah perwatakan untuk menjadi juara, sesuatu yang membelenggu pemain senior lain yang masih sukar mengikut jejak Datuk Lee Chong Wei. 

"Sepatutnya, dari segi latihan, memang tidak jauh bezanya. Cuma jurang di antara Indonesia, Malaysia dan Korea Selatan adalah dari segi budayanya.  

"Mana yang baik harus diketengahkan di sini."
 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment

Read Next

Sengketa Chong Wei-Frost ibarat kanser

By Ammar Hakim 18 Februari 2017. 11.51 AM