Pada usia 36 tahun, pemburuan kejuaraan utama di arena badminton kekal sebagai keutamaan buat bintang negara, Datuk Lee Chong Wei, namun dia juga berupaya mencipta sejarah jika kembali bergelar pemain nombor satu dunia.
Peluang untuk Chong Wei serta lima lagi pemain dalam kelompok tujuh terbaik dunia merebut takhta kedudukan dunia menjadi perkara yang hangat selepas pemain terbaik dunia ketika ini, Viktor Axelsen, dijangka berehat panjang dan akan terlepas beberapa kejohanan penting, termasuk Seluruh England, berikutan pembedahan buku lali kiri yang dilaluinya.
Jika mengikut perancangan, Chong Wei berupaya muncul pemain paling tua yang memegang status itu dalam era moden badminton, bergantung kepada keputusan yang diraih dalam Seluruh England, bulan depan.
"Apa yang penting adalah aksi dalam kejohanan besar dan fokus kepada prestasi sendiri.
"Jika boleh, saya memang mahu mendapatkan semula status pemain nombor satu dunia," kata Chong Wei.
Dalam masa sama, Chong Wei yang dikenali dunia sebagai 'Raja Siri Super' sebelum ini, sedar bahawa 2018 bakal jadi penentu sejauh mana dia mampu mengerah kudrat menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Saya meletakkan fokus tinggi kepada persembahan dan mengelakkan diri daripada sebarang kecederaan.
"Tahun ini adalah tahun penting buat saya, terutama Piala Thomas, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Jika boleh, mungkin saya masih terus beraksi dalam masa empat tahun lagi," katanya.
Penulis Jemputan
Tue Feb 20 2018
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei wajar terima segala bantuan
“Datuk Lee Chong Wei adalah khazanah Malaysia dan berhak menerima apa sahaja bantuan daripada kerajaan, sekiranya itu yang diperlukan untuk dia segera pulih dan kembali ke gelanggang secara kompetitif.”
Kejohanan Dunia: Chong Wei berdepan kejutan
Undian Kejohanan Dunia 2018 dilihat menampilkan beberapa kejutan, antaranya apabila pemain nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei, terpaksa memulakan pemburuan kejuaraan menerusi individu sama yang menyingkirkannya ketika pusingan pertama pada edisi lalu.
Nazifuddin: Pembawa bendera Malaysia dibincang esok
Empat bintang sukan yang diketuai jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, diletakkan sebagai pilihan untuk tugas pembawa bendera kontinjen negara ke Sukan Asia Indonesia, bulan depan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat lembaga eksekutif pada esok.
Chong Wei pertaruh pengalaman yang ada
Pemain badminton perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei, sedar dia perlu bijak menggunakan pengalaman yang dimiliki apabila berdepan seorang lagi pemain muda, Kantaphon Wangcharoenm, dari Thailand dalam saingan suku akhir Terbuka Indonesia , hari ini.
Kemenangan Chong Wei terbitkan harapan baru
Positif dalam kesederhanaan menjadi sentimen terbaik bagi menggambarkan prestasi pertengahan musim buat kem badminton negara.
Daren belum tekan butang panik
Pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren, tidak menganggap penyingkirannya daripada saingan Terbuka Malaysia seawal pusingan pertama menjejaskan persiapannya bagi menghadapi Kejohanan Badminton Dunia, 31 Julai depan.
Chong Wei kejar kejuaraan ke-12
Selepas impian di pentas final pada tahun lalu disekat, jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, kembali dengan azam yang sama, untuk mencari kejuaraan ke-12 dalam saingan Terbuka Malaysia bermula pada 26 Jun ini.
Tiada laluan mudah buat Chong Wei
Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei, bakal berdepan ujian getir dalam saingan Terbuka Malaysia 2018 selepas sembilan lagi pemain terbaik dunia mengesahkan penyertaan dalam kejohanan itu.
Piala Thomas 2018: Aksi perseorangan wajar dipuji
Sepanjang saingan Piala Thomas 2018 di Bangkok, Thailand, skuad perseorangan lelaki memikul bebanan luar biasa untuk menghadirkan mata buat Malaysia.
Lauren Coughlin holds first-round lead at the Chevron Championship
Michail Antonio felt officials were against West Ham after European exit
Jurgen Klopp accepts lack of threat cost Liverpool dear in European exit
Liverpool exit Europa League despite win at Atalanta
West Ham were knocked out by Bundesliga champions Bayer Leverkusen at London Stadium after a 1-1 draw on the night.