Saingan badminton remaja Junior Champions Challenge (JCC) 2016 yang memasuki peringkat suku akhir di Sports Arena, Bukit Serdang hari ini menyaksikan pasukan pilihan, Kelab Badminton (KB) Petaling dan KB Kepong, mara ke separuh akhir.

Juara dan naib juara saingan Junior Purple League (JPL) 2016 itu tidak menghadapi masalah untuk mengatasi lawan masing-masing, sekali gus melayakkan diri untuk bersaing dalam kelompok empat pasukan terbaik selepas ini.

KB Petaling menumpaskan pasukan dari utara, KB Georgetown dengan kemenangan 3-2 (11-9) walaupun hampir-hampir dikejutkan oleh pasukan dari Divisyen Dua itu.

KB Kepong pula mara setelah menang mudah ke atas KB Muar dengan keputusan 4-0 (12-6).

Mengulas kemenangan itu, ketua jurulatih KB Petaling, Yap Kim Hock, berkata, “KB Georgetown yang keseluruhannya dibarisi pemain tempatan bermain dengan cukup baik dan memberi saingan kepada kami.

“KB Petaling pula beraksi tanpa beberapa pemain serta ada pemain yang demam (Chasinee Korepap), jadi kami bermain dalam tekanan. Apapun, kami berjaya mengawal keadaan dan bangkit untuk menang dalam set terakhir.”

Tambah Kim Hock lagi, “Dalam perlawanan separuh akhir nanti bertemu KB Ampang Jaya, kami akan cuba sehabis baik selepas tewas dengan pasukan ini dalam saingan JPL lalu”.

Bagi Ai Wei Jian yang merupakan jurulatih KB Kepong pula, dia berpuas hati dengan aksi keseluruhan skuadnya dengan berkata, “Saya terkejut dengan kemenangan pemain perseorangan perempuan kami (Silprakob Suphapich) kerana sebelum ini dia tidak pernah menang ke atas rakan senegaranya dari Thailand (Aimsaard Nuntakarn), itulah titik tolak kepada kemenangan ini.

“Dalam separuh akhir bertemu KB Bandar Utama Dragons, peluang adalah 50-50. Apapun saya harap kami akan menang, sekali gus ke final JCC tahun ini,” katanya lagi.

Selain KB Petaling dan KB Kepong, dua lagi pasukan yang sah menempah slot ke saingan separuh akhir JCC 2016 adalah pasukan KB Ampang Jaya serta KB Bandar Utama Dragons.

Dalam perlawanan separuh akhir JCC nanti, KB Petaling akan berhadapan dengan pasukan KB Ampang Jaya, sementara KB Bandar Utama Dragons pula menentang KB Kepong.

Keputusan penuh Junior Champions Challenge 2016 hari ini:

KB Petaling menewaskan KB Georgetown 11-9

Perseorangan lelaki: Loh Ze Feng menewaskan Choong Hon Jian 3-1 (11-9, 10-11, 11-6, 11-9)
Perseorangan wanita: Chasinee Korepap kalah kepada Kong Yi Jin 2-3 (11-10, 5-11, 11-10, 6-11, 7-11)
Beregu lelaki: Ian Wong Jien Sern-Kwek Yee Jian kalah kepada Chng Choo Han-Ng Eng Cheong 0-3 (7-11, 6-11, 8-11)
Beregu wanita: Tew Jia Jia-Yap Yee menewaskan Lim Chen Yen-Ong You Thien 3-2 (7-11, 10-11, 11-5, 11-3, 11-7)
Beregu campuran: Chen Tang Jie-Wanida Buapa menewaskan Lee Shun Yang-Lim Jing Ning 3-0 (11-7, 11-6, 11-8)

KB Ampang Jaya menewaskan KB Petaling Jaya 10-4

Perseorangan lelaki: Tan Jia Wei menewaskan Labieb Muhzafar Lakamagi 3-1 (11-3, 11-10, 9-11, 11-10)
Perseorangan wanita: Qiao Shi Jun menewaskan Valeree Siow Zi Yuan 3-0 (11-5, 11-3, 11-5)
Beregu lelaki: Tan Kok Xian-Zachary Sia menewaskan Ryan Lim Wen Yang-Yew Wei Chun 3-2 (3-11, 10-11, 11-10, 11-8, 11-6)
Beregu wanita: Anna Cheong-Desiree Siow seri dengan Celyn Tan Yi Fhang-V. Dharshine 1-1 (7-11, 11-9, 1-1 Tarik Diri)

KB BU Dragons menewaskan KB Rawang 9-2

Perseorangan lelaki: K. Jhotiswaran menewaskan Muhd Syafiq A. Sanusi 3-0 (11-8, 11-9, 11-4)
Perseorangan wanita: K. Letshanaa menewaskan Kasturi Radhakrishnan 3-0 (11-5, 11-4, 11-9)
Beregu lelaki: Owen Ting Shih Wee-Sim Fong Hau menewaskan Boon Xin Yuan-Cheah Chee Feng 3-2 (11-6, 6-11, 11-10, 7-11, 11-9)

KB Kepong menewaskan KB Muar 12-6

Perseorangan lelaki: Muhd Nuraidil Adha menewaskan Muhmmad Shafiq Iqbal 3-1 (9-11, 11-4, 11-9, 11-5)
Perseorangan wanita: Silprakob Suphapich menewaskan Aimsaard Nuntakarn 3-2 (11-10, 7-11, 5-11, 11-5, 11-9)
Perseorangan wanita: K. Letshanaa menewaskan Kasturi Radhakrishnan 3-0 (11-5, 11-4, 11-9)
Beregu lelaki: Ahmad Zaid Zainal-Helmie Zulhaidee Zulman menewaskan Izzat Farhan Azhar-Muhd Norzaihani Hafizi 3-1 (11-6, 4-11, 11-7, 11-3)
Beregu lelaki: Bonoi Pakitta-Pearly Tan Kong Le menewaskan Aimsaard Benyapa-Kam Wei Li 3-2 (6-11, 11-9, 10-11, 11-8, 11-8)