Nasib tidak menyebelahi Jin Wei -- jurulatih

By Shaiful Shamsudin 11 November 2016
 Nasib tidak menyebelahi Jin Wei -- jurulatih
Tiada nasib, itu rumusan jurulatih remaja negara, Kwan Yoke Meng, selepas kecederaan menafikan impian Goh Jin Wei untuk mempertahankan gelaran perseorangan wanita Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Bilbao Sepanyol. 

Dia ditimpa kecederaan pergelangan kaki itu di set penentuan pusingan kelima ketika menentang Natsuki Oie dari Jepun. 

Namun, di atas semangat kesukanan yang tinggi, dia tetap meneruskan perjuangan sebelum akur dengan kekalahan 21-10, 21-16, 21-16.

"Dia sangat sedih, apatah lagi dia sebagai juara bertahan. 

"Dia berharap dapat berentap dengan Chen Yufei dari China.

"Dia sebenar sangat yakin, sebaliknya ditimpa nasib malang dan apa boleh buat, ini adalah asam garam dalam sukan. 

"Saya boleh katakan tuah tidak mengiringi kami dan Jin Wei," ujar beliau. 
 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment