Masih banyak perlu dibuktikan di Dubai -- Wee Kong/V Shem

By Amirul Azreen 16 December 2016
Masih banyak perlu dibuktikan di Dubai -- Wee Kong/V Shem

Meskipun teruja layak ke separuh akhir Final Siri Super, beregu lelaki nombor satu dunia, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menegaskan masih banyak yang mahu mereka buktikan di Dubai.

V Shem dan Wee Kiong pamer aksi menakjubkan menentang beregu meningkat naik China, Li Junhui-Liu Yu Chen untuk menempah tiket ke separuh akhir.

Satu kemenangan sudah memadai untuk mendukung mereka ke peringkat berikutnya susulan kemenangan percuma ke atas beregu Denmark, Mathias Boe-Carsten Morgensen.

Kejayaan ke separuh akhir ini antara pencapaian memberangsangkan buat V Shem dan Wee Kiong sepanjang musim 2016.

"Kami bernasib baik kerana pasangan Denmark menarik diri jadi kami hanya beraksi satu perlawanan untuk ke separuh akhir. Yang penting kami perlu kekalkan fokus," ujar Wee Kiong.

Aksi penutup peringkat kumpulan bakal menyaksikan gandingan negara berentap menentang pasangan China, Chia Biao-Hong Wei.

Bagi V Shem, kemenangan adalah penting bukan sahaja untuk membina momentum tetapi mengukuhkan reputasi menentang lawan sukar.

"Kami perlu mengekalkan strategi sedia ada kerana saingan bukan hanya dalam kejohanan ini sahaja,"jelas V Shem.

About Author

Amirul Azreen

Comment