Manjung tuan rumah Kejohanan Remaja Kebangsaan berpasukan

By Shaiful Shamsudin 4 November 2016
 Manjung tuan rumah Kejohanan Remaja Kebangsaan berpasukan
Daerah Manjung di Perak dipilih sebagai venue Kejohanan Badminton Berpasukan Antara Negeri bawah 12 tahun dan bawah 15 tahun yang akan berlangsung di Manjung Badminton Arena 15-19 November ini.

Kejohanan di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan kerjasama Persatuan Badminton Perak (PBA) dan Persatuan Badminton Manjung ini dilihat sebagai pemangkin sukan badminton negara kerana ia melibatkan penyertaan setiap negeri, termasuk Putrajaya.

Setiausaha Kehormat Badminton Perak, Mohamed Zambri Bahri, berkata edisi kali ini amat bermakna kerana daerah ini diiktiraf dan Perak memang terkenal dalam sukan badminton kerana telah melahirkan ramai jaguh.

"Warga Manjung amat berbangga kerana buat julung kalinya kejohanan besar ditawarkan kepada daerah ini. 

"Ini perkembangan sihat dalam sukan di Malaysia. Kami sudah bersedia," ujarnya lagi.

Perasmian pembukaan akan dilangsungkan pada 14 November ini jam 3 petang.
 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment