Malaysia Masters: Aksi Sze Fei, Izzuddin mudah dipatah beregu Indonesia

By Staff Writer 22 January 2017
Malaysia Masters: Aksi Sze Fei, Izzuddin mudah dipatah beregu Indonesia
Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, terpaksa akur dengan kekalahan 19-21, 12-21 kepada gandingan dari indonesia, Berry Angriawan dan Hardianto Hardianto, dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton GP (GP) Emas Malaysia Masters di Sibu, Sarawak, hari ini.

Set pertama menyaksikan permulaan cemerlang wakil negara apabila mendahului lawan 9-3. Momentum itu berpanjangan apabila Sze Fei dan Izzuddin terus mengekalkan aksi baik untuk membawa kedudukan 16-12.

Namun, bagaikan hilang fokus, gandingan negara itu mula memberikan mata mudah kepada lawan yang memanfaatkan kesempatan bagi mengejar kedudukan.

Hasilnya, permainan terikat 18-18 sebelum Berry dan Hardianto lebih unggul untuk menamatkan set berkenaan 21-19.

Memasuki set kedua, Sze Fei-Izzuddin tampil dengan corak permainan lebih baik dalam usaha mengelak kesilapan set pertama berulang.

Mereka memberi saingan hebat untuk memperoleh mata tetapi Berry dan Hardianto turut meningkatkan tempo permainan mereka untuk tidak memberi ruang buat wakil negara dan meraih kemenangan 21-12.

"Saya tidak memberikan aksi yang terbaik. Ia bukan aksi terbaik saya. Saya akan berusaha lebih keras lagi dan kembali tidak lama lagi," kata Sze Fei.

"Kami tiba-tiba hilang fokus dan mereka mengejar kami. Semakin lama kami semakin tertekan. Kami akan cuba mengubahnya dalam kejohanan akan datang," kata Izzuddin.

About Author

Staff Writer

Comment