Selepas skandal hubungan sulitnya terbongkar, legenda badminton China yang juga pemain nombor tiga dunia, Lin Dan, membuat permohonan maaf kepada keluarganya.

Beberapa keping gambar 'panas' Lin Dan dengan seorang wanita didakwa diambil pada Oktober lalu tatkala isterinya sarat mengandung sebelum ia mula tersebar di laman sosial.

Pada awalnya, ia dimuat naik oleh 'Detective Zhao' di laman sosial Weibo, yang merupakan laman terkenal dengan perkembangan serta gosip-gosip selebriti.

Sebaik sahaja gambar tersebut tersebar, Lin Dan segera membuat permohonan maaf menerusi Weibo: "Sebagai seorang lelaki, saya tidak mencari alasan untuk menyelamatkan diri sendiri, tetapi kelakuan saya itu telah memusnahkan keluarga saya. Di sini, saya memohon maaf kepada mereka."

Isteri Lin Dan, Xie Xingfang, yang juga bekas pemain badminton, selamat melahirkan bayi lelaki pada 5 November lalu.

Lin Dan,33, dan Xie, 35, berkahwin pada tahun 2012.

Sementara itu, wanita yang dikaitkan dengan Lin Dan itu adalah seorang model dan aktres yang dikenali sebagai Zhao Yaqi.

Imbas kembali aksi di Rio, Lee Chong Wei lwn Lin Dan..