Liew Darren ke final Masters Taiwan

By Amirul Azreen 15 October 2016
Liew Darren ke final Masters Taiwan

Pemain perseorangan profesional negara, Liew Darren, melangkah ke final kejohanan Masters Taiwan  apabila berjaya menewaskan wakil tuan rumah di separuh akhir, sebentar tadi.

Liew Darren berjaya mengatasi pilihan kelima kejohanan, Lin Yu Hsien, 11-9, 6-11, 11-3, 12-10 dalam tempoh 50 minit.

Bekas pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu bakal berdepan wakil India, Sourabh Varma, dalam final esok.

Sourabh turut mengecewakan wakil tuan rumah dan pilihan pertama kejohanan, Hsu Jen Hao, 11-4 11-7 11-9.

Bagaimanapun, kejayaan Darren mara ke final gagal diulangi dua beregu wanita negara yang terkandas.

Gandingan Chow Meik Kuan dan Lee Meng Yean tewas kepada pilihan pertama kejohanan dari Jepun, Yuki Fukushima/Sayaka Hirota, 7-11, 7-11, 3-11.

Sementara pasangan Lim Yin Loo dan Yap Cheng Wen tewas 8-11, 9-11, 6-11 juga kepada wakil Jepun, Shiho Tanaka/Koharu Yonemoto.



About Author

Amirul Azreen

Comment