Liew Daren tewas dalam final Masters Korea

By Amirul Azreen 11 December 2016
Liew Daren tewas dalam final Masters Korea

Liew Daren terpaksa berpuas hati selaku naib johan Kejohanan Masters Korea apabila tewas di tangan wakil tuan rumah, Son Wan Ho, dalam final.

Wan Ho, yang turun selaku pilihan pertama kejohanan, nyata berada dalam kelasnya tersendiri unutk menoktahkan kemenangan 21-13, 21-16 dalam tempoh 44 minit.

Meskipun Daren dan Wan Ho menampilkan aksi berhati-hati dalam set pertama, namun wakil tuan rumah itu bingkas menguasai perlawanan untuk memenanginya.

Memasuki set kedua, penguasaan ampuh Wan Ho tidak mampu ditangani Daren, sekaligus pemain perseorangan profesional negara itu terpaksa akur selaku naib juara.

Senario itu merupakan ulangan sama buat Daren yang muncul naib juara Masters Taiwan, Oktober lalu.

About Author

Amirul Azreen

Comment