Latihan intensif dalam tempoh sebulan ini menjadi antara persiapan buat pemain beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani, untuk menghadapi Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Kuching, minggu depan.
Izzuddin bersama gandingannya, Goh Sze Fei, tidak menyertai apa-apa pertandingan selepas kali terakhir beraksi dalam Kejohanan Berpasukan Campuran Asia di Bandaraya Ho Chi Minh, bulan lalu.
Begitupun, ia bukan bermaksud mereka tidak diberikan keutamaan tetapi ia bertujuan mempersiapkan mereka untuk menghadapi Terbuka Malaysia.
Nyata, Izzuddin berasakan jadual latihan lebih padat yang diharungi dapat membantu gandingan di ranking ke-43 dunia itu untuk menyerlah di Kuching nanti.
Mereka akan mengharungi pusingan kelayakan dengan berdepan pasangan Taiwan, Liao Kuan Hao-Lu Chia Pin.
"Kami sudah membuat persiapan sebulan lebih awal.
"Sebelum ini, kami memberi fokus kepada aspek fizikal tetapi sekarang kami akan fokus untuk menghadapi Kejohanan Terbuka Malaysia," katanya.
Tahun 2017 dianggap paling penting buat Izzuddin dan juga Sze Fei dalam memastikan mereka antara gandingan yang mampu menjadi sandaran selain daripada Goh V Shem-Tan Wee Kiong.
Januari lalu menyaksikan mereka bergelar naib juara saingan Grand Prix (GP) Emas Masters Malaysia di Sibu.
Izzuddin, bagaimanapun, mengakui masih banyak yang perlu diperbaikinya dan Sze Fei andai berhasrat memecah kelompok 10 terbaik dunia tahun ini.
"Kami berasakan permainan kami semakin serasi dan kami banyak berbincang.
"Kami kena banyak berlatih bersama lagi untuk mendapatkan rentak."
Stadium Astro
Thu Mar 30 2017
Former Wimbledon champion Garbine Muguruza announces retirement
The 30-year-old Spaniard had not played a match for more than a year.
Crewe boss Lee Bell fuming as James McClean avoids seeing red in Wrexham’s win
McClean reacted angrily after a late challenge by Aaron Rowe.
England overwhelm Ireland to keep Six Nations title hopes firmly on track
The Red Roses amassed 14 tries in front of 48,778 fans at Twickenham.
Exeter record impressive win at Northampton
Adebayo the 'inspiration' for Heat, says Spoelstra
Spoelstra: Heat needed inspiration
Emma Hayes focused on second leg after historic win for Chelsea in Barcelona
The Blues will welcome Barca to Stamford Bridge next Saturday.
Joe Hart the hero for Celtic after thrilling cup semi-final win
Aberdeen were edged out in a shoot-out.
'We deserve it' – Pelicans know their worth after clinching playoff berth
Pelicans 'deserve' playoff spot
Luis Enrique does not expect PSG-Lyon league game to have a bearing on cup final
Ollie Banks fires late winner for NL Champions Chesterfield against Maidenhead
.