Latihan Kem Badminton Astro di Tokyo bermula hari ini

By Staff Writer 21 November 2016
Latihan Kem Badminton Astro di Tokyo bermula hari ini
Latihan intensif luar negara Kem Badminton Astro yang melibatkan 28 peserta dari Malaysia dan Indonesia di Pusat Latihan Nasional Olimpik, Tokyo, bermula hari ini.

Ketua Pengurusan Pemegang Taruh Astro, Salina Ramli, berkata perancangan program itu berjalan lancar selepas turut mendapat kerjasama yang baik daripada pihak kerajaan. 

"Alhamdulilah segalanya telah berjalan dengan lancar. Seperti biasa, kami telah mendapat kerjasama yang cukup baik daripada Kementerian Luar.

"Setiap aktiviti kami telah pun dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di Tokyo dan Kedutaan Jepun di Malaysia serta Jabatan Imigresen Jepun," jelasnya. 

Peserta akan melalui latihan fizikal dan mental yang menumpukan kepada pembinaan karektor dan disiplin diri sepanjang program tersebut.

Latihan Kem Badminton Astro di Tokyo akan berakhir 29 November ini.

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Skuad kendalian Wallace Tan menanti keputusan FIH

By 21 November 2016. 11.57 AM