Pemain badminton perseorangan wanita negara, S. Kisona, mahu lebih peluang diberikan kepadanya selepas merangkul kejuaraan Siri Antarabangsa Malaysia di Pulau Pinang, minggu lalu.
Kisona berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu selepas menundukkan lawan dari Taiwan, Liang Ting Yu, dalam final.
Meskipun ia hanya kejohanan bertaraf rendah, Kisona merupakan pemain kedua dari skuad perseorangan wanita yang berjaya menjadi juara selepas Ho Yen Men melakukannya sewaktu saingan Terbuka Russia, Julai lalu.
Dia sedar sandaran utama negara masih tertumpu kepada Soniia Cheah dan Goh Jin Wei, namun mengharapkan kejayaan itu dapat membuka mata barisan kejurulatihan bahawa dia juga mampu menggalas tugas penting sekiranya diberikan peluang.
"Saya mahu meningkatkan ranking terbaik saya.
"Disebabkan itu, saya menyertai sebarang kejohanan yang mampu memberikan keputusan yang baik buat saya," katanya.
Kisona sebelum ini pernah diberikan kesempatan mewakili Malaysia ke Piala Uber di Bangkok, Mei lalu.
Namun, dia gagal mencipta impak besar.
Bagaimanapun, Kisona bangkit di Pulau Pinang dan berjaya memperbaiki kedudukan rankingnya ke tangga ke-85 dunia berbanding di kedudukan ke-115 ketika berehat tiga bulan ekoran kecederaan buku lali.
"Saya berasa lebih yakin walaupun pada awalnya saya tidak pasti sama ada mampu mempertahankan kejuaraan.
"Saya hanya melakukan apa yang termampu dan ia berjaya," tambahnya.
Penulis Jemputan
Fri Nov 16 2018
Lauren Coughlin holds first-round lead at the Chevron Championship
Michail Antonio felt officials were against West Ham after European exit
Jurgen Klopp accepts lack of threat cost Liverpool dear in European exit
The Reds exited the competition 3-1 on aggregate.
Liverpool exit Europa League despite win at Atalanta
West Ham were knocked out by Bundesliga champions Bayer Leverkusen at London Stadium after a 1-1 draw on the night.