Meskipun sudah bergelar pakar beregu campuran, Goh Soon Huat ada kenangan manis bersama Datuk Lee Chong Wei berbanding sebilangan besar pemain lain dalam kem kebangsaan.

Soon Huat memulakan kerjaya sebagai perseorangan lelaki yang dicanang sebagai antara bakat muda berkualiti.

Sejak menyertai program kebangsaan, dia berpeluang menempatkan diri dalam skuad senior yang diketuai bekas jaguh nombor satu dunia itu.

Walaupun diserapkan ke skuad beregu campuran pada penghujung 2016, Soon Huat masih mengenangkan setiap waktu ketika dia berpeluang menjalani latihan bersama Chong Wei.

"Dia banyak membantu ketika saya beraksi dalam acara perseorangan," katanya.

Baginya, mustahil untuk badminton Malaysia memiliki seorang pemain yang boleh memikul harapan sebuah negara.

Atas dasar itu, dia berasakan adalah lebih baik sekiranya skuad kebangsaan berganding bahu dalam meneruskan tugas yang ditinggalkan Chong Wei.

"Kami perlu saling bekerjasama dan bukan mudah untuk menangani tekanan.

"Saya amat mengagumi Chong Wei kerana pada masa lalu, dialah yang sering menghadapi segala tekanan," katanya lagi.