Kejuaraan Terbuka Denmark jadi milik V Shem dan Wee Kiong

By Staff Writer 23 October 2016 126
Kejuaraan Terbuka Denmark jadi milik V Shem dan Wee Kiong

Beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong muncul juara Terbuka Denmark apabila berjaya mengetepikan cabaran beregu Thailand di final, malam ini.

V Shen dan Wee Kiong tewas kepada Isara Bodin dan Nipitphon Phuangphuapet di set pertama 21-14.

Memasuki set kedua, pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Rio itu mula memperkemaskan permainan untuk merampas set kedua 22-20.

Bermain di set ketiga, pasangan negara berdepan saingat sengit sebelum berjaya melakar kemenangan 21-19 sekaligus muncul johan di Denmark.

About Author

Staff Writer

Comment