Kejohanan Berpasukan Campuran Asia: Malaysia masih gagal saingi China

By Ammar Hakim 18 February 2017
Kejohanan Berpasukan Campuran Asia: Malaysia masih gagal saingi China

Barisan pemain negara akur dengan jurang luas di antara gaya permainan mereka dan China ketika tumpas 0-3 dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia di Vietnam, semalam.

Ramai yang tidak meletakkan harapan kepada Malaysia apabila menyaksikan China menjadi penghalang untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Dengan barisan bintang dunia seperti Yi Shuqi, Zheng Si Wei dan Chen Qing Chen dalam senarai pemain skuad China, Malaysia yang dibarisi pemain muda menyaksikan mereka menghadapi kesukaran untuk menyaingi kemahiran tinggi lawan.

Lim Chi Wing dalam perseorangan lelaki dan gandingan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai tumpas dalam aksi straight set kepada lawan masing-masing.

"Mereka memiliki pengalaman serta kemahiran teknikal yang sangat tinggi, kami masih ketinggalan dan perkara itu yang harus kami tingkatkan bagi menghadapi kejohanan akan datang," ujar Shevon.

Mujurlah pemain beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzudin Rumsani, sebagai wakil ketiga tampil dengan aksi bertenaga untuk mengejutkan lawan yang berada di ranking keenam dunia, Lin Junhui-Liu Yuchen, namun pengalaman memisahkan mereka apabila tewas dalam aksi tiga set yang mendebarkan, 21-19, 20-22, 10-21.

"Mereka merupakan pasangan pilihan, saya dan Izzudin telah memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu," jelas Sze Fei.

 

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

Sengketa Chong Wei-Frost ibarat kanser

By Ammar Hakim 18 Februari 2017. 11.51 AM