Kejayaan Jin Wei pacu semangat Soniia

By Staff Writer 19 November 2018 669
Kejayaan Jin Wei pacu semangat Soniia
Di sebalik kejayaan Goh Jin Wei, perseorangan wanita senior negara, Soniia Cheah, menegaskan kini tiba waktu untuk mereka saling mencabar bagi aksi kelayakan ke Olimpik Tokyo 2020.

"Saya sangat berbangga dengannya kerana dia berusaha keras. Ia satu sejarah buat Malaysia di pentas remaja. Satu pujian besar buat Jin Wei," kata Soniia.

Berdasarkan ranking dunia ketika ini, Soniia dan Jin Wei berada dalam kelompok 30 pemain terbaik, sekali gus bermakna hanya seorang akan layak ke Jepun.

Soniia berasakan dia dan Jin Wei memiliki kemampuan untuk menempatkan diri dalam kalangan 16 pemain terbaik dunia bagi memastikan kedua-duanya bergelar Olimpian.

Persaingan sihat itu juga pasti menghangatkan lagi perseteruan untuk mencabar kejuaraan bagi musim 2019.

"Kami sedang berusaha untuk mengejar matlamat itu. Kejohanan untuk saya bagi tahun ini sudah tamat, jadi saya akan fokus kepada latihan selepas ini. 

"Tahap permainan kini tidak begitu jauh antara kami dan saya rasa selagi berusaha keras bersama, kami berpeluang untuk melakukannya."

About Author

Staff Writer

Comment