Jing Yi mungkin digandingkan dengan Fie Choo -- Frost

By Staff Writer 31 January 2017
Jing Yi mungkin digandingkan dengan Fie Choo -- Frost
Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, masih belum memutuskan siapa pemain sesuai untuk digandingkan dengan Tee Jing Yi yang membuat keputusan beralih ke acara beregu wanita sejak awal Januari.

Jing Yee terlepas Kejohanan Grand Prix (GP) Emas Malaysia Masters di Sibu, Sarawak, 17 Januari lalu, dan bakal turut terlepas Kejohanan Thailand Masters, 7 Februari ini.

Ia ekoran BAM yang masih lagi mencari pemain yang sesuai untuk digandingkan buat Jing Yee, tambahan Frost secara peribadi mahukan  Jing Yi membiasakan diri terlebih dahulu dengan gaya permainan sebagai pemain beregu sebelum dihantar bertanding.

"Kami perlu membuat perjanjian ini ketika pertukarannya daripada acara perseorangan ke beregu dan kejohanan pertama adalah di Ipoh nanti. Ia adalah langkah untuk penyesuaian," katanya.

Menurut Frost, Kejohanan Badminton Kebangsaan di Ipoh, Perak, 19 Februari ini, bakal menjadi aksi pertama Jing Yi dan pasangannya.

Frost juga sudah memberi bayangan pemain seperti Soong Fie Choo yang sudah pulih daripada kecederaan lutut mungkin menjadi gandingan Jing Yi, namun semua itu masih dalam perancangan BAM. 

"Pada masa ini, kami mencari beberapa pilihan dan kami juga melihat sama ada Fie Choo sudah pulih daripada kecederaan untuk kembali beraksi. Ia adalah beberapa perkara sebelum membuat keputusan akhir," tambahnya.

About Author

Staff Writer

Comment

Read Next

Jing Yi bergelut selepas beralih ke beregu wanita

By 30 Januari 2017. 9.47 AM