Pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, sudah tidak sabar untuk kembali beraksi dalam gelanggang selepas pulih daripada kecederaan buku lali yang menghantuinya sejak Januari lalu.

Jin Wei mengalami kecederaan buku lali ketika saingan Masters Malaysia di Sibu, Januari lalu.

Keadaan fizikal yang tidak mengizinkan menyebabkan Jin Wei terlepas dua aksi penting, iaitu Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia dan Kejohanan Seluruh England.

Dia juga berjanji akan jujur dengan keadaan fizikalnya sambil mengikuti saranan untuk berehat dan menjalani pemulihan agar tidak menjejaskan kariernya sebagai pemain profesional.

“Saya berpendapat terdapat beberapa perkara yang perlu saya memperbaiki sebelum kembali menghadapi kejohanan akan datang,” kata Jin Wei.

Jin Wei dijangka kembali beraksi dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bulan depan.

Tiada sasaran tinggi diletakkan Jin Wei, apatah lagi dia menganggap kejohanan itu nanti sebagai medan untuk mencari kembali rentaknya di dalam gelanggang.

“Pada pusingan pertama, saya akan berdepan wakil dari Indonesia sebelum bertemu pemain-pemain yang lebih berpengalaman.”