Iskandar, Vivian tekad cabar pemain muda China

By Shaiful Shamsudin 3 November 2016
Iskandar, Vivian tekad cabar pemain muda China
Pemain badminton negara menyahut keperluan untuk mencabar jaguh muda China di sebalik rasa kagum dengan peningkatan mendadak mereka. 

Antara pemain China yang mencuri tumpuan dunia ketika ini adalah pemain beregu wanita dan campuran mereka, Chen Qingchen.

Berusia 19 tahun, Qingchen adalah juara remaja dunia dalam dua kategori itu secara berturut-turut pada 2014 dan 2015. 

Malah, Qingchen membuktikan dia tiada masalah untuk beralih ke pentas senior dalam Siri Super Terbuka Perancis baru-baru ini, yang menyaksikannya memenangi dua gelaran beregu campuran dan wanita. 

Pencapaian itu membuka mata pemain beregu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun. 

"Pemain muda China mula meningkat naik, terutamanya Chen Qingchen," katanya selepas menamatkan sesi latihan hari ini di Bukit Kiara. 

"Dia bermain dalam dua kategori di mana dia menjuarai kedua-duanya.

"Dia memang hebat kerana sukar untuk beraksi dalam dua kategori dan boleh muncul juara. 

"Memang memenatkan, lagipun dia masih muda dan memiliki kecergasan tinggi."

Seorang lagi merupakan individu yang dicanang sebagai pengganti kepada Lin Dan serta Chen Long ialah Shi Yuqi. 

Sebelum bergelar juara di Paris, dia menyingkirkan pemain perseorangan kedua Malaysia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin. 

"Kelebihan mereka terletak pada fizikal mereka, lihat sahaja kaki mereka dan dari situ memberi keyakinan kepada mereka. 

"Saya rasa mereka turun tanpa tekanan, cuma dari segi fizikal dan kekuatan membuatkan mereka 'macam kerbau'," ujar Iskandar. 




About Author

Shaiful Shamsudin

Comment

Read Next

Malaysia perlu pandang ke China

By Public Anonymous User 2 November 2016. 12.37 PM