Iskandar jadi wakil tunggal negara teruskan saingan dalam Terbuka China

By Staff Writer 17 November 2016
 Iskandar jadi wakil tunggal negara teruskan saingan dalam Terbuka China
Pemain perseorangan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, menjadi wakil tunggal negara untuk meneruskan saingan dalam Siri Super Premier Terbuka China selepas menewaskan peserta tuan rumah, Guo Kai, di Fuzhou, hari ini.

Dalam aksi pusingan ketiga itu, Iskandar menewaskan Gua, 7-21, 21-6, 23-21, dalam masa 48 minit, untuk menempah tempat suku akhir bagi bertemu seorang lagi wakil negara berkenaan, Qiao Bin, esok.

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, terpaksa meninggalkan kejohanan itu selepas tumpas kepada gandingan China, Zhang Nan-Li Yinhui, 17-21, 19-21, dalam masa 49 minit.

Nasib malang turut menimpa beregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei, apabila turut tewas dalam pusingan kedua walaupun bermula baik di set pertama.

Vivian Hoo-Khe Wei dikecewakan pasangan Korea Selatan yang juga pilihan kedua kejohanan, Jung Kyung Eun-Shin Seung Chan, selepas pertarungan tiga set, 23-21, 14-21, 13-21.

Keputusan:

Iskandar Zulkarnain Zainuddin mn Gua Kai 7-21, 21-6, 23-21. 

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying kk Zhang Nan-Li Yinhui 17-21, 19-21.

Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei kk Jung Kyung Eun/Shin Seung chan 23-21, 14-21, 13-21.
 

About Author

Staff Writer

Comment