Iskandar hampir kejutkan Jorgensen di Terbuka China

By Shaiful Shamsudin 19 November 2016
Iskandar hampir kejutkan Jorgensen di Terbuka China
Prestasi menakjubkan Iskandar Zulkarnain Zainuddin dalam Siri Super Premier Terbuka China terhenti dalam separuh akhir dengan kekalahan kepada bintang Denmark, Jan O Jorgensen.

Ini merupakan pertemuan kedua di antara mereka, dengan yang pertama Iskandar tenggelam dalam bayangan Jorgensen di Siri Super Premier Terbuka Malaysia, April lalu apabila tewas straight set 21-7, 21-16. 

Dalam saingan kali ini, Iskandar menawarkan petanda berupaya mencipta kejutan dengan memimpin aksi set pertama, termasuk beberapa kali membuat Jorgensen tersentak. 

Antaranya, ketika dia memenangi mata ke-14, peluang yang sepatutnya menjadi milik perseorangan Denmark itu. 

Namun, momentum Iskandar tergugat pada kedudukan mendahului 20-16 apabila dia tergelincir. 

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Jorgensen dengan kembali agresif untuk menang 22-20. 

Set berikutnya menyaksikan Iskandar mengelak daripada terus terganggu dalam dia cuba memberi tentang kepada Jorgensen. 

Ini termasuklah menyamakan kedudukan kepada 7-7 ketika Iskandar ketinggalan 7-3. 

Kebangkitan Iskandar berterusan dengan mengikat kedudukan 16-16 sebelum memenangi set kedua 22-20. 

Bagaimanapun, kegopohan dan kesilapan mudah yang dilakukan Iskandar menjadi pemusnah apabila Jorgensen memastikan kemenangan dalam set ketiga dengan catatan 21-7. 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment