Iskandar akur saingan dalam Siri Super lebih mencabar

By Staff Writer 1 November 2016
Iskandar akur saingan dalam Siri Super lebih mencabar
Iskandar Zulkarnain Zainuddin akur saingan Siri Super menampilkan penangan berbeza berbanding kejohanan bertaraf Grand Prix (GP) dan cabaran antarabangsa.

Empat penampilan Iskandar dalam saingan Siri Super di Terbuka Jepun, Terbuka Korea Selatan, Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis berakhir dengan kekecewaan di peringkat awal.

Lebih tepat lagi, Iskandar tersingkir dalam pusingan pertama dalam tiga kejohanan, termasuk tewas kepada jaguh muda dari China, Shi Yu Qi, yang muncul juara di Terbuka Perancis, selain tumpas dalam pusingan kedua Terbuka Korea Selatan. 

“Persaingan dalam Siri Super sangat sengit berbanding GP. Setiap perlawanan dalam Siri Super kami perlu memberikan yang terbaik, tiada ruang untuk menyimpan tenaga.

"Saya masih gagal mengawal tekanan dan emosi selepas mengalami kekalahan berturut-turut,” kata Iskandar.

Pemain persorangan itu turut berbicara mengenai keperluan psikologi untuk mengatasi perlawanan pusingan pertama pada dua kempen selepas ini, iaitu di Siri Super Terbuka China dan Terbuka Hong Kong.

“Banyak lagi kelemahan dari segi kemahiran serta kekuatan mental yang harus dipertingkatkan lagi untuk kejohanan akan datang.”

About Author

Staff Writer

Comment