Impian Zii Jia muncul juara remaja dunia tidak kesampaian

By Staff Writer 13 November 2016
Impian Zii Jia muncul juara remaja dunia tidak kesampaian

Tekanan memuncak menghalang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, merealisasikan impiannya untuk bergelar juara remaja dunia dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Bilbao, Sepanyol.

Lenggok Zii Jia sewaktu turun ke gelanggang separuh akhir di Bilbao Arena, Sepanyol berbeza apabila dia tidak melambangkan keyakinan seperti aksi dalam suku akhir.

Zii Jia yang diletakkan selaku pilihan kedua kejohanan, tewas kepada wakil Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo 21-19, 21-18.

Tewas set pertama membuka peluang buat Chico untuk meneruskan momentum dalam set kedua.

Meskipun Zii Jia mendahului 18-16 dalam set kedua, namun dia gagal mengekang asakan Chico untuk merampas kemenangan.

Sementara itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei turut terkandas di peringkat separuh akhir apabila tewas kepada wakil China, He Jiting dan Yu Due, 14-21, 11-21.

Kredit imej: Laman sesawang BAM.org.my

About Author

Staff Writer

Comment