Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, meminta semua pihak menghormati dan memberikan ruang kepada jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, dan anggota keluarganya.
Syed Saddiq berkata beliau mengikuti perkembangan kesihatan Chong Wei sejak awal sebelum pemain berusia 35 tahun itu ke Taiwan hingga sekarang.
“Atas kehendak Chong Wei sendiri juga, saya telahpun memaklumkan khabar kesihatan beliau kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan (isteri) Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
“Kementerian Belia dan Sukan sentiasa bersedia memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau yang menjadi ikon dan wira rakyat Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, mengesahkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu telah didiagnosis menghidap barah hidung peringkat awal.
Mohamad Norza berkata Chong Wei berada di Taiwan bagi mendapatkan rawatan sambil berehat untuk sembuh bersama keluarga dan kawan rapat.
Pada Julai lalu, BAM mengeluarkan kenyataan menyatakan Chong Wei tidak akan mengambil bahagian dalam dua kejohanan utama disebabkan masalah kesihatan serta telah dinasihatkan agar berehat oleh doktor selepas menjalani rawatan berikutan masalah berkaitan pernafasan.
Dua kejohanan utama berkenaan ialah Kejohanan Dunia dan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 yang masing-masing berlangsung bulan lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 22 2018
Van Dijk: Liverpool have 'no chance' in title race after derby defeat
Liverpool suffered their first defeat against Everton in 14 years to give hope to title rivals Arsenal and Manchester City on Wednesday.
Coventry City 2-3 Hull City: Tigers win five-goal thriller to keep play-off hopes alive
Hull City boosted their play-off hopes, and all but ended those of Coventry City, with a huge win on Wednesday.
Howe: Newcastle performance in Palace defeat 'way off' Spurs win
Eddie Howe was left frustrated after his Newcastle United side fell to a 2-0 defeat away at Crystal Palace at Selhurst Park on Wednesday.
Dyche challenges Everton to 'go and do it again' after crucial derby victory
Everton claimed their first home win over Liverpool since 2010, taking a huge step towards Premier League safety in the process.
Man Utd matchwinner Fernandes: Criticism part of the job
Manchester United have come in for fierce criticism throughout a poor second season under Erik ten Hag.
Atalanta 4-1 Fiorentina (4-2 aggregate): Gasperini's team into Coppa Italia final
Atalanta saw off Fiorentina 4-1 on Wednesday to progress to a Coppa Italia final against Juventus.
Premier League record falls as 2023-24 becomes most goal-laden 20-team season
Harry Maguire found the net against his former club Sheffield United on Wednesday, making a piece of Premier League history in the process.
Wolves 0-1 Bournemouth: Semenyo strike decisive as Cherries leapfrog hosts
Gary O'Neil tasted defeat against his former employers on Wednesday as Bournemouth clinched a deserved win over Wolves.
PSG made to wait for Ligue 1 title after Monaco overcome Lille
Kylian Mbappe and Co. must wait for their Ligue 1 title to be confirmed after Monaco delayed PSG's top-flight celebrations.
Crystal Palace 2-0 Newcastle United: Eagles' late-season flourish continues
The in-form Jean-Philippe Mateta scored twice as he fired Crystal Palace to a win that secures their Premier League safety.