Hafiz-Razif terkandas awal

By Staff Writer 22 February 2017
Hafiz-Razif terkandas awal
Kemunculan semula Muhammad Hafiz Hashim bersama pasangannya, Mohd Razif Abdul Latif, tidak bertahan lama apabila tewas dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Kebangsaan Celom Axiata di Ulu Kinta, Perak, hari ini.

Mereka tunduk kepada beregu muda Kelantan, Muhammad Fariqzuan Fauzi dan Muhammad Hafizi Hashim, 21 -18, 21-20.

Kekalahan pasangan veteran itu sudah dijangka memandangkan mereka hanya baru digandingkan.

"Saya baru kembali aktif selepas mengalami kecederaan," kata Hafiz. "Menyedari pergerakan terhad untuk acara perseorangan, saya ceburi acara beregu bersama Razif."

Sementara itu, Razif berkata: "Bila ada penajaan, baru kami boleh menyertai beberapa kejohanan. Sasaran selepas ini adalah Terbuka Jerman dan Switzerland serta Seluruh England."

Dalam perlawanan lain, pemain veteran, Yogendran Krishnan, mengejutkan pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Soo Teck Zhi, 21-16, 16-21, 23-21, untuk layak ke pusingan kedua bertemu Misbun Ramdan Misbun, esok.

Sementara itu, pemain pilihan, Zulfadli Zulkifli, tidak menghadapi masalah untuk menewaskan seorang lagi pemain BAM, Sing Fong Hau, 23-21, 21-9.

About Author

Staff Writer

Comment