GP Final Sirkit Kebangsaan: Jin Wei muncul juara

By Ammar Hakim 11 December 2016
GP Final Sirkit Kebangsaan: Jin Wei muncul juara

Goh Jin Wei menoktahkan cabaran Soniia Cheah 21-17, 21-12 dalam masa 32 minit untuk bergelar juara perseorangan wanita Kejohanan Badminton GP Final Sirkit Kebangsaan di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.

Bekas juara remaja dunia, Jin Wei, kini telah mengatasi Tee Jing Yi untuk bergelar pemain nombor satu negara dalam kategori perseorangan wanita..

Jin Wei yang berusia 16 tahun ternyata mempunyai misi untuk menjuarai GP Final Sirkit kebangsaan, namun terpaksa menempuhi laluan sukar apabila Soniia memberikan cabaran sengit sebelum dia memenanginya 21-17.

Bersambung dalam set kedua, Jin Wei mempamerkan kelas tersendiri apabila mudah mengutip mata demi mata dan memenangi set tersebut 21-12, sekaligus dinobat sebagai juara GP Final Sirkit Kebangsaan kategori wanita.

Sementara itu, pemain perseorangan negara, Liew Daren, gagal menandingi kehebatan pemain tuan rumah, Son Wan Ho, apabila tewas straight set dalam aksi final Kejohanan Badminton Masters Terbuka Korea.

Corak permainan berhati-hati dipamerkan kedua-dua pemain pada awal set pertama, namun Wan Ho terlebih dahulu menyerap tekanan dan berjaya mengawal gelanggang untuk menang 21-13.

Skrip sama berulang dalam set kedua, Wan Ho memperkemaskan permainannya untuk menewaskan Liew Daren 21-16. 

 

About Author

Ammar Hakim

Comment

Read Next

Irfan fokus bentuk keserasian pasukan

By Ammar Hakim 11 Disember 2016. 4.04 AM