GP Final Kebangsaan: Zii Jia sasar muncul juara

By Jannah Ali 8 December 2016
GP Final Kebangsaan: Zii Jia sasar muncul juara
Bintang remaja negara, Lee Zii Jia, menjangkakan kejutan dalam saingan GP Final Kebangsaan dengan menyasarkan untuk menjadi salah seorang daripada pemain yang akan mencabar kejuaraan perseorangan lelaki.

Zii Jia adalah antara pemain naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dicanang berupaya untuk muncul juara selain bekas juara remaja Asia, Soo Teck Zhi, dan finalis musim lalu, Chong Yee Han.

Kesempatan untuk berlatih bersama Datuk Lee Chong Wei sebelum saingan membuka tirai turut menawarkan kesungguhan Zii Jia untuk memastikan dia melakukan persiapan rapi.

"Saya meletakkan sasaran untuk muncul juara kerana kejuaraan ini bakal meletakkan saya sebagai pemain Malaysia yang terbaik. Jadi, saya meletakkan sasaran untuk muncul juara.

Dalam aksi 'round robin', Zii Jia berada sekumpulan dengan Lim Chi Wing dan bekas pemain senior kebangsaan, Chong Wei Feng, serta wakil dari Terengganu Shahzan, Shah Muneer.

"Dalam kumpulan saya, ada dua pemain senior. Saya teruja untuk beraksi menentang mereka kerana mereka penuh dengan pengalaman dan tentunya bakal ada kejutan dalam perlawanan itu nanti.

"Saya berharap kejutan itu datangnya daripada saya dan saya berharap mampu untuk mengecewakan Wei Feng serta Chi Wing."

About Author

Jannah Ali

Comment