Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, memandang serius prestasi pemain dalam Grand Prix (GP) Akhir Sirkit Kebangsaan yang bermula hari ini di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Meskipun ia adalah saingan domestik, Frost tetap mahu melihat pemain negara, terutamanya yang berstatus senior, mempamerkan aksi sebenar.
Antara yang berada dalam senarai pemerhatian Frost adalah perseorangan wanita nombor satu negara, Tee Jing Yi.
Jing Yi, yang juga juara bertahan kejohanan, menunjukkan aksi bersahaja ketika tewas perlawanan pertama peringkat kumpulan kepada pemain bertaraf pelapis, Yap Rui Chen, 18-21, 18-21.
Walaupun bangkit untuk menang perlawanan berikutnya ke atas Lim Yin Fun, 21-17, 21-8, Frost berpandangan sudah tiba masa dia bersemuka dengan Jing Yi dan menimbang kedudukan perseorangan itu dalam skuad kebangsaan.
"Saya sentiasa memantau corak permainan yang bagus," kata Frost. " Saya juga menilai barisan pemain muda dan membandingkan aksi mereka dengan pemain yang sudah ada nama. Ini sesuatu yang menarik.
"Saya akan berbincang dengan Jing Yi untuk menekankan apa yang telah berlaku dalam tiga, empat minggu terakhir ini."
Sementara itu, finalis musim lalu, Goh Jin Wei, yang tewas kepada Jing Yi dalam aksi penentuan kejuaraan, bagaimanapun, tidak mengambil sebarang risiko untuk memastikan laluan ke separuh akhir.
Jin Wei menewaskan pemain daripada program remaja, Eon Qi Xuan, hasil kemenangan straight set 21-18, 21-9.
Malah, dia sudah hampir pasti ke separuh akhir dengan kemenangan kedua menundukkan pemain senior, Soniia Cheah, 21-15, 21-14.
"Saya enggan terlalu banyak berfikir seperti mana yang berlaku dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia yang lalu di mana ia mampu menjejaskan rentak saya," kata Jin Wei.
Kecergasan Jin Wei akan diuji memandangkan dia turut menyertai saingan SS Purple League (SSPL) 2016 yang akan bermula pada 12 Disember ini, dengan mewakili Kelab Badminton Bandar Utama Dragons.
"Sebagai pemain, saya mesti teruskan biarpun menyertai kejohanan berturut-turut. Itu semua bukan alasan." tambahnya.
Public Anonymous User
Thu Dec 08 2016
FC Cincinnati v Colorado Rapids: Armas wants players to enjoy rise
FC Cincinnati v Colorado preview
Guardiola insists three teams still in title hunt despite Liverpool slip-up
Guardiola: Don't rule Liverpool out
Foden: De Bruyne the best in the Premier League
Foden: KDB best in Premier League
Los Angeles FC v Portland Timbers: Neville relishing swift rematch
Preview: LAFC v Portland Timbers
Brighton 0-4 Manchester City: Foden at the double as champions leapfrog Liverpool
Report: Brighton 0-4 Man City
World number one Swiatek sees off Xiyu in Madrid opener
No worries for Swiatek in Madrid
Foden matches Messi and Haaland feat with 50th league goal under Guardiola
Foden matches Messi, Haaland
Arne Slot wants to join Liverpool, 'confident' agreement will be struck
Arne Slot confirms Liverpool talks
New Zealand take unassailable series lead after hard-fought victory over Pakistan
NZ go 2-1 up in T20I series
Dominant Gauff double bagels Rus at Madrid Open
Gauff crushes Rus at Madrid Open