Frost rangka formula pertingkat mutu permainan Vivian-Khe Wei

By Ammar Hakim 20 December 2016
Frost rangka formula pertingkat mutu permainan Vivian-Khe Wei

Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, akan merangka formula baru bagi meningkatkan kembali tahap permainan beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei, yang dilihat kurang konsisten sepanjang tahun ini.

Jika dibandingkan dengan barisan pemain badminton utama negara, gandingan Vivian dan Khe Wei dalam beregu wanita dilihat kurang ampuh.

Apatah lagi, mereka tersingkir awal ketika beraksi dalam Siri Super Akhir di Dubai. 

Sepanjang tahun 2016, daripada 47 perlawanan yang telah ditempuhi mereka, statistik menunjukkan  23 perlawanan memihak Vivian dan Khe Wei, dan mereka gagal memenangi sebarang kejuaraan tahun ini.

"Boleh dikatakan beregu wanita negara masih mencari kedudukan kelompok 10 teratas. Sasaran saya untuk tahun 2020 adalah bukan sekadar melayakkan diri ke kelima-lima acara, kami akan cuba untuk menyediakan dua wakil dalam setiap acara," kata Frost.

Selain sasaran menjadikan Vivian dan Khe Wei berada dalam kelompok lapan terbaik dunia, pelan jangka panjang Frost juga meliputi menyediakan dua wakil yang kompetitif dalam setiap acara.

"Bagi acara beregu, kami harus mempunyai dua pasangan dalam kelompok lapan teratas. Ia merupakan cita-cita yang tinggi buat diri saya dan semestinya beregu wanita yang masih memburu kelompok lapan teratas buat kali pertama. Jadi, kami mempunyai cabaran yang besar buat masa akan datang."

 

About Author

Ammar Hakim

Comment