Frost gembira dengan prestasi pemain di Kejohanan Remaja Dunia

By Staff Writer 14 November 2016
Frost gembira dengan prestasi pemain di Kejohanan Remaja Dunia
Skuad remaja negara perlu kekal dengan sikap positif susulan pembabitan yang dianggap cukup memuaskan dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Bilbao, Sepanyol.

Menurut Pengarah Teknikal, Persatuan Bola Sepak Malaysia (BAM), Morten Frost, persembahan wakil negara dalam  kejohanan itu memberi gambaran kemampuan mereka, apatah lagi sebahagian mereka akan menjadi pemain senior sedikti masa lagi.

Malaysia mencipta kejutan dengan mara ke final acara berpasukan buat kali pertama sejak 2011 tetapi kecundang 0-3 kepada China.

Selain itu, wakil negara turut meraih gangsa menerusi Lee Zii Jia dalam acara perseorangan lelaki serta beregu campuran, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei.

"Saya sangat gembira dengan prestasi mereka. Kami mendapat satu perak dan dua gangsa. Seperti yang saya katakan selama ini bahawa saya rasa kami mempunyai pasukan yang baik dan saya fikir persembahan mereka meningkat dalam kejohanan itu.

"Mereka melakukannya dengan baik dalam acara berpasukan, menewaskan Indonesia dan Thailand. Mendapat gangsa dalam acara perseorangan lelaki dan beregu campuran juga benar-benar cemerlang," katanya.

Dalam pada itu, Frost turut berpuas hati dengan persembahan wakil negara dalam Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2016 di Kota Kinabalu, yang berakhir semalam.

Pemain naungan BAM berjaya memasuki final dalam kesemua lima acara dengan menang tiga daripadanya.

Paling mencuri tumpuan sudah pasti gandingan beregu campuran yang baru dua bulan dibentuk, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, selepas memenangi gelaran pertama mereka.

"Saya fikir kami mempunyai kejohanan yang hebat. Kami berada dalam semua lima perlawanan akhir dan kami menang tiga daripadanya.

"Saya fikir kebanyakan pemain melakukan lebih baik daripada apa yang kita lihat pada masa lalu. Saya juga fikir dalam acara beregu campuran, kami lakukan dengan baik kerana ia adalah kejohanan pertama buat Soon Huat dan Shevon," tambahnya.

Tahun lalu, Goh Jin Wei muncul juara dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Lima, Peru ketika usianya baru 15 tahun.

Dia juga muncul pemain perseorangan perempuan pertama negara yang merekod kejayaan berkenaan. 

About Author

Staff Writer

Comment