Tidak semua kacang lupakan kulit. Itulah gambaran sebenar mengenai legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, yang menyalurkan dana RM2 juta kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Yayasan Lee Chong Wei.
Atas rasa kecintaan terhadap sukan yang menjadi darah dagingnya sejak 19 tahun lalu, Chong Wei menyumbang RM1.4 juta kepada BAM untuk pembangunan sukan badminton yang ditinggalkannya tanggal 13 Jun lalu atas sebab kesihatan.
Sementara untuk MSN, iaitu organisasi yang banyak membantu sepanjang kariernya, disalurkan RM600,000 untuk tujuan persediaan atlet bagi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Beraksi di Tokyo 2020 adalah impian saya tapi saya terpaksa bersara atas sebab kesihatan. Jadi, saya harap dana ini dapat membantu persediaan atlet apa yang patut untuk mereka melayakkan diri ke temasya itu," katanya selepas majlis sambutan kemuncak Bulan Sukan Negara di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Beliau berkata yayasan itu juga sedang meneliti cadangan untuk menaja mana-mana atlet yang berpotensi bagi meneruskan karier mereka dalam bidang sukan selain mereka yang sukar mendapat tajaan daripada sektor swasta.
Mengulas mengenai persediaan atlet ke Sukan Olimpik 2020 yang berbaki sembilan bulan lagi, Chong Wei yang juga ketua kontinjen negara menasihati atlet agar menghindarkan diri daripada dilanda kecederaan dalam usaha mereka memburu slot ke temasya empat tahun sekali itu.
"Saya sendiri tidak berjaya menyumbang pingat emas buat negara, namun saya harap atlet yang akan saya bawa ke Tokyo boleh berbuat demikian. Tapi apa yang penting sekarang, kita jangan beri tekanan kepada atlet dulu.
"Sukan Olimpik adalah temasya terbesar dunia dan sudah pasti cabaran memang sukar. Atlet perlu kuatkan mental mereka. Apa yang saya harapkan sekarang ialah semua atlet sihat, tidak mengalami kecederaan dan teruskan memburu kelayakan," katanya.
Mengenai beberapa sukan yang masih belum mendapat slot ke Tokyo, termasuk badminton, bekas pemain nombor satu dunia itu berkata semua atlet melalui tempoh yang sukar, khususnya tahun ini, kerana cabaran juga tidak kurang sengit daripada atlet negara lain yang mempunyai tujuan sama.
Malah, katanya, tidak adil untuk menetapkan sasaran pingat kepada atlet tertentu buat masa ini kerana kesemua mereka masih dalam perjuangan mencari tempat dan bagi yang sudah mendapat tiket secara merit, atlet berkenaan sedang menjalani latihan rapi untuk tujuan itu.
"Apa yang penting sekarang ialah kita mahu lebih ramai atlet negara layak ke Sukan Olimpik. Medal semua atlet boleh sumbang medal. Menerusi terjun, Azizul dalam sukan basikal dan memanah serta Farah Ann yang baru sahaja layak.
"Untuk badminton pula, selepas 31 April 2020 baru kita tahu siapa yang mendapat slot ke Sukan Olimpik. Untuk kita target medal ke atas Lee Zii Jia juga tidak tentu lagi kerana keputusan dia juga belum stabil.
"Apapun, masih ada ramai lagi yang sedang mencari slot seperti hoki, memanah dan kita harap lebih ramai atlet akan layak," katanya yang akan memulakan tugas rasmi sebagai CDM, Januari tahun depan.
Untuk rekod, setakat ini lapan atlet negara layak secara merit ke Sukan Olimpik 2020. Mereka adalah Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee (terjun); Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran); Khairul Anuar Mohamad (memanah) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 12 2019
Willie Kirk sacked as Leicester boss after position became ‘untenable’
Jennifer Foster and Stephen Kirby will remain in charge until a successor is appointed.
Analysing the attacks in a thrilling Championship promotion race
Championship attacks analysis
England will not adopt negative approach after humbling in India – Zak Crawley
England will aim to get ‘Bazball’ back on track this summer against West Indies and Pakistan.
Curry says togetherness key as Warriors rally following Green ejection
Draymond Green was ejected for the fourth time this year on Wednesday, but the Golden State Warriors still left Orlando with a crucial win.
Sean Dyche hoping Everton’s latest Premier League charge ‘comes to nothing’
A hearing took place earlier this week and the club are now awaiting a verdict, which should be delivered before April 8.
Rob McElhenney and Ryan Reynolds owed nearly £9million by Wrexham
The Welsh club returned to the English Football League last April after a 15-year absence.
Jamie George assists with England training during Guinness Women’s Six Nations
England captain Marlie Packer knows George from Saracens, who she has represented since 2017.
Marco Silva wants Rodrigo Muniz to relish new expectations at Fulham
The striker has found his feet in the Premier League in 2024.
Mauricio Pochettino surprised Ben Chilwell started England games after injury
Newcastle’s Sandro Tonali charged over alleged breaches of FA betting rules
Tonali is alleged to have breached FA rule E8 50 times by betting on matches between August 12, 2023 and October 12, 2023.