C&T kaji penyeliaan program kebangsaan

By Staff Writer 11 September 2019 326
C&T kaji penyeliaan program kebangsaan
Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diketuai pengerusi baru, Datuk Kenny Goh, bakal berkongsi inisiatif bagi meningkatkan prestasi skuad kebangsaan menerusi satu mesyuarat hari ini.

BAM akan membuka lembaran baru dalam penyeliaan program kebangsaan dan antara agenda utama mesyuarat yang akan diketuai oleh Kenny itu adalah prestasi pemain meningkat naik negara seperti perseorangan lelaki nombor satu, Lee Zii Jia, serta serta naib juara beregu lelaki Seluruh England, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Ia juga dalam usaha memastikan skuad negara mampu mencapai sasaran dua pingat emas di pentas Sukan SEA di Manila, Filipina, akhir November depan.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 5.30 petang serta 7.30 dan 11.00 malam ini.
 

About Author

Staff Writer

Comment