Pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, selamat menjalani pembedahan membuang sebahagian daripada ususnya semalam sebagai usaha menyelamatkan kariernya.
Menurut Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, pemenang pingat emas Sukan Sea 2017 itu kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani proses pemulihan.
“Kami meminta orang ramai untuk memberikan Jin Wei ruang dan masa sebanyak mungkin ketika masa pemulihan ini kerana kami yakin beliau akan kembali dengan lebih kuat lagi.
“Anda sentiasa berada dalam ingatan kami Jin Wei!,” katanya dalam hantarannya dalam akaun Instagramnya hari ini.
Norza telah membuat hantaran gambar ketika beliau melawat Jin Wei pagi ini.
Sebelum ini dilaporkan juara bertahan itu telah digugurkan daripada skuad Sukan SEA Filipina dan juga tidak akan meneruskan usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Tokyo selepas tidak menyertai beberapa kejohanan.
Pemain berusia 19 tahun itu menarik diri daripada menyertai Terbuka Denmark di Odense minggu ini dan juga Terbuka Perancis di Paris (22-27 Oktober).
Jin Wei bergelut dengan masalah kesakitan dalam perutnya itu sejak Januari tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019
Daniele De Rossi staying on as Roma boss
The former midfielder replaced Jose Mourinho in January.
Barcelona fined for racist behaviour of fans at Paris St Germain
Barca have been 25,000 euros (£21,400) and
Meg Lanning: Exercise obsession and not enough fuel led to Australia retirement
Harry Kane savours Champions League ‘war’ with England team-mate Jude Bellingham
Kane’s Bayern Munich meet Bellingham’s Real Madrid in the semi-finals after eliminating Arsenal and Manchester City respectively.