Beregu lelaki negara pastikan kemaraan di Terbuka Thailand

By Shaiful Shamsudin 5 October 2016
Beregu lelaki negara pastikan kemaraan di Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mengesahkan tempat dalam pusingan ketiga Terbuka Thailand selepas menundukkan lawan masing-masing, hari ini. 

Biarpun berdepan tentangan pada awal permainan, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan peserta tuan rumah, Pakkawat Vilailak-Songphon Anugritayawon 21-19, 21-14.

Pasangan Lim Khim Wah-Ong Jian Guo turut menjejaki langkah itu dengan menyingkirkan Liao Kuan-hao dan Lu Chia-pin 21-12, 21-18 dalam tempoh 32 minit.  

Bagaimanapun satu lagi beregu lelaki negara, Tan Chee Tean-Tan Wee Gieen, terkandas berikutan tewas 21-19, 21-17 kepada Wannawat Ampunsuwan-Tinn Isriyanet.

Sementara itu, Rusydina Antardayu Riodingin jelas bukan tandingan kepada perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi, yang meraih kemenangan 22-20, 21-8.

Kejayaan itu menyaksikan Jing Yi bakal berdepan dengan cabaran pemain muda Thailand, Pornpawee Chochuwong, esok. 




















About Author

Shaiful Shamsudin

Comment